Pas mengapikan sentimen agama demi kepentingan politik sempit
Layanan salah kerajaan dan penguatkuasa di Malaysia terhadap pendatang haram Rohingya punca lebih ramai mempertaruhkan nyawa untuk datang

Lelaki tidur atas wayar elektrik

Pas tak perlu mengajar Agong buat keputusan
Warga asing rempuh mati penunggang motosikal di lampu isyarat direman
Kes hina raja berderet, masih parti pejuang Melayu?
Minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands Bernama
Bernama
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Hidayatul Iman Abdullah, 14, daripada abangnya sekitar jam 6.40 petang semalam.
Menurutnya remaja itu terakhir diihat di hadapan Restoran Aladdin di Genting Highlands.
Beliau berkata mangsa berkulit sawo matang, berbadan kurus dan pakaian terakhir yang dipakai adalah baju panas (sweater) jenama Adidas berona hitam, tudung dan seluar berwarna hitam.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.
-- BERNAMA
Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat GRO, tahan 123 pendatang tanpa izin
Polis tahan warga Bangladesh disyaki bunuh wanita di hotel
2 maut kereta terhumban dalam gaung
Individu pakai baju istiadat ‘pelik’ dicari polis Selangor

Tak mungkin!! MP PAS ini beri perumpamaan gelaran biawak kepada A....
Lelaki maut dihempap runtuhan rumah ketika awal pagi
Kadir Jasin: Najib bukan curi Milo atau roti benggali
Wanita ditikam anak saudara akibat perang mulut
PAS lebihkan Najib berbanding Muhyiddin?
Ganggu jemaah: Pengurusan masjid santuni ibu bapa lelaki alami masalah mental esok
Gegelung gergasi ini jatuh dari langit

Lelaki mengamuk guna senjata, lima individu cedera
Janda, pasangan berdepan hukuman sebatan kerana khalwat berulang
Dakwaan skandal: Wanita dihempuk TV, kemaluan nyaris disumbat cili
2 pelancong China disamun, dilarikan di Gohtong Jaya
Maritim Malaysia tahan 196 Rohingya mendarat di Langkawi, ratusan lagi masih di laut
Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia
Pekerja asing maut dihempap kaca

Kes bunuh remaja: Polis tumpu aspek selisih faham, ambil dadah berlebihan
SUV terbabit kemalangan maut disahkan dipandu pegawai kanan polis

Dadah disyaki punca 4 kematian dibeli di lokasi konsert
Ibu tunggal dibelasah didakwa rampas suami orang
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Sinar Harian
Mereka dipercayai mendera mangsa sejak dia berusia 6 tahun. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Pasangan suami isteri dari Pasuruan, Jawa Timur ditahan polis kerana dipercayai membunuh anak mereka yang berusia 7 tahun baru-baru ini.
Kejadian berlaku di rumah sewa mereka yang terletak di Kelurahan Kiduldalem, Kecamatan Bangil, Kabupaten Pasuruan.
Suspek Syahrul Abidun,19, warga Bugulkidul dan isteri Martha Widya Ningsih, 24, warga Bandar Lampung, sementara mangsa MDAF, 7, murid kelas 1 Sekolah Dasar, meninggal dunia di rumah sakit selepas didera oleh pasangan tersebut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Pasuruan, AKP Achmad Doni Meidianto berkata, suspek iaitu ibu kandung dan ayah tiri mangsa sering melakukan penderaan berulang kali terhadap mangsa.
"Mereka memukul, mencakar hingga menyumbat puntung rokok ke mulut dan badan mangsa, katanya kepada wartawan pada Isnin.
Achmad Doni mengatakan mangsa dilaporkan mengadu sakit di bahagian dada pada Jumaat lalu.
Susulan itu, suspek, Syahrul memberi mangsa minuman yang bercampur minyak kayu putih hingga mangsa batuk teruk hingga mengeluarkan darah.
"Mangsa sempat dirawat di pusat kesihatan Bangil sebelum dirujuk ke hospital besar Bangil tapi sayangnya mangsa meninggal dunia pada Sabtu lalu," katanya.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh mangsa.
Dalam pada itu, katanya hasil siasatan terhadap suspek, mereka mengakui bahawa motif pembunuhan dipercayai kerana mangsa sering meminta wang.
"Penderaan dilakukan sejak mangsa berusia 6 tahun lagi, gara-gara dia sering meminta wang sekitar 3 hingga 5 ribu Rupiah (sekitar RM0.90 sehingga RM1.50 )," katanya.
Kedua-dua suspek kini terancam hukuman 15 tahun penjara. - Sinar Harian memetik agensi.
Budak 12 tahun merayau awal pagi nak mencuri

Denda RM4,000 jika biar pintu kereta terbuka
Dua remaja baling mercun bola di hospital

Serang dan pukul janda, 5 wanita ditahan
Elon Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan
Bernama
MOSCOW: Jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk pada Khamis menuduh Presiden AS yang bakal tamat perkhidmatan, Joe Biden melakukan pengkhianatan berhubung penjualan bahan yang dimaksudkan untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"100% Pengkhianatan," kata Musk di platform X, mengulas hantaran yang menuduh pentadbiran Biden secara sengaja membuka sempadan kepada pendatang dengan menjual bahan binaan dan memusnahkan pagar kawat berduri di sepanjang sempadan.
Akhbar The Daily Wire pada Disember dengan memetik pegawai Jabatan Kastam dan Pengawal Sempadan AS melaporkan pentadbiran Biden menjual panel tembok dalam lelongan kerajaan dalam usaha untuk menggagalkan rancangan Presiden terpilih Donald Trump untuk mengekang penghijarahan sebelum beliau mengambil alih jawatan.
Bidaan bagi setiap set panel tembok dimulakan pada harga serendah US$5. Trump memfailkan permohonan di mahkamah Texas, yang memutuskan untuk menyekat penjualan itu.
Nenek jatuh lubang benam disangka lopak air

Dr Zamri Mantop sebar fitnah terhadap PM Anwar: Laporan polis sudah dibuat
Lelaki alami masalah mental ganggu jemaah masjid ditahan
Pelawak dipenjara 6 bulan di Jeddah akibat dadah
Terkejut lihat pemandu ‘lepas hajat’ di lampu isyarat

Polis wanita positif empat jenis dadah di pusat hiburan ditahan
Polis kesan 3 individu didakwa sebar Kristian
Adakah Hadi Awang halalkan pembunuhan dan fitnah atas dasar menentang sekularisma?
Budak perempuan maut tersepit celah besi meja
