"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Hassan Ali.... kembalilah ke pangkal jalan....

Jawa_Lireks



Betul mlm tadi saya ikuti ceramah DHA hingga akhir. Sapa org2 yg atas pagar pergi dgr, pasti akan terkesima dan bersetuju hatta menyokong apa yg dikatakannya oleh penceramah mlm td (Dr Hasan Ali, Ust Hasan Basri dan Norman Toha selaku moderator).

Ketibaan DHA disambut dgn iringan hampir 100 buah motorsikal yg rata2nya anak muda dan ada beberapa wajah yg mmg saya kenal dgn kerajinanya join majlis UMNO asal dpt duit minyak, t-shirt free dan ade geng blh rempit. Begitu jg ketua mereka yg sentiasa menagih projek2 besar (dia org kontraktor, pham2 la.....). Dari raut wajah mereka tidak menampakkan jiwa merdeka dan matang, hanya terikut kawan2 dan keseronokan berkonvoi, janji masyuk.....

Spt yg saya jangka DHA mmg bijak. 30 min pertama ucapannya tidak pun menyentuh soal politik, terasa seolah berada dalam 1 majlis ilmu/motivasi keagamaan. Beliau mengupas tentang institusi keluarga yg semakin goyah. Anak muda yg semakin lupa akan agama dan jati diri. Peranan institusi masjid dan ustaz2 yg makin terpinggir. Dan peranan jemaah yg semakin hilang dlam kehidupan umat Melayu Islam. Saya setuju dgn segmen awal yg disampaikan beliau....

Apabila masuk pada peringkat berikutnya barulah dia memulakan hujah dgn 'hentaman' yg cukup berlapik terhadap DAP khususnya dan PKR dan PAS amnya. Spt yg saya katakan DHA mmg bijak, dia tidak memainkan peranan dalam menyerang secara keras terhadap lawannya terutama parti lamanya PAS. Dgn ayat dan nada yg tegas tapi berhemah, dia menerangkan tentang apa yg disifatkannya halangan dlm beliau melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor ketika beliau memegang portfolio Exco Agama Selangor. Halangan itulah yg dinukilkan datangnya dari DAP, PKR dan PAS sendiri....

Tapi ternyata kata2 beliau penuh dgn hidden agenda. Beliau kini ibarat bom jangka yg mampu mengganggu gugat perpaduan PR. Setelah sekian lama peranan yg diberikan kepada ulama2 UMNO, dari bekas imam masjid negara Datuk Pirdaus Ismail membawa kepada Ummu Hadari Ustzh Masitah Ibrahim dan kini anak muda berjiwa besar Ust Fathul Bari, namun belum ada yg mampu menggugat perpaduan dan prinsip perjuangan yg ditunjangi PAS terutamanya dan PR umumnya.....

Beliau menegaskan yg kini dalam PR membawa fahaman liberal dan pluralisma. PAS yg dulu dilihat memperjuangkan Islam kini menikus apabila bersatu dgn DAP dan PKR. Peranan PAS sudah tiada fungsi dalam menegakkan Islam di negara ini. Bahkan PAS dikatakan memiliki banyak parasit yg menggagalkan hasrat murni PAS suatu ketika dulu.

Apabila disebut parasit, teringat pula saya pada seorg sahabat DHA yg suatu ketika dulu selepas terkeluar dari landasan PKR popular dgn ayat 'firaun kecil' nya. Kini fahamlah saya bahawa mereka ini sekufu dan sehati sejiwa dalam perjuangan..... Hinggakan sahabat mereka yg satu lagi boleh tersilap bagi angpow putih sempena Tahun Baru Cina baru2 ini. Ini mungkin lahir akibat dari kebencian dan hati yg terlalu rasis sehingga terbawa2 tanpa sedar akan kesilapan yg dikatakan tidak tahu itu.

Seterusnya dibawa pula kepada semangat kemelayuan. Maka wujudlah pelbagai NGO seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Nama spt PERKASA, Pekida, Waris Malaya dan tak lama lagi JATI (sekadar menyebut beberapa nama) kini dicanang sebagai kuasa politik ketiga negara. Waima pertubuhan silat pun kini dan lantang bersuara untuk menyokong pihak kepartian. Sedarkah anda bahawa ini semua mula wujud dan aktifnya setelah peranan UMNO sendiri yg mempunyai ahli seramai 3 juta orang itu tidak mampu bertahan dan hampir gagal.....? Maka diwujudkan kuasa ketiga ini demi survival mereka yg semakin goyah.

Hari demi hari, suara 'Melayu tulen' yg lantang bersuara depan wartawan (tapi takut/kalah dgn bini dan ubat batuk) muncul dgn pelbagai kupasan isu dan pendesak kepada peranan dan survival Melayu. Tapi Hari demi hari juga lah suara itu semakin jelak, bosan dan tidak releven didengari rakyat. Kini muncul pula wira. Dengan Kelayakan akademiknya yg tinggi, kebolehannya dalam bidang agama dan pengalamannya dalam motivasi. Beliau (Dr Hasan Ali) diangkat dan dijulang sebagai wira Melayu mutahir ini.

Saya yakin DHA tidak akan menyertai UMNO walaupun dahulu beliaulah org yg paling kuat berjuang dalam PAS utk kerajaan perpaduan. Mungkin ketika itu beliau lupa dan tak perasan luka lama PAS yg berkali diperkotak katikkan oleh UMNO dalam idea perpaduan itu. Dan saya juga kuat menyatakan yg beliau akan bertanding secara bebas pd pilihanraya akan datang. Sama2 kita saksikan....

Besar harapan sy pada DHA, kembalilah kepangkuan asal tuan. Kembalilah berjuang di medan motivasi dan agama seperti yg beliau perjuangkan dulu. Saya juga adalah salah seorang pelajar beliau yg menyertai Summer Camp ketika kanak2 dahulu. Bila mendengar 30 min pertama ceramah beliau mlm tadi, teringat akan kenangan di Kem Sg Lui suatu ketika dahulu. Forum Perdana Ehwal ISlam Tv1 ketika ini sgt hambar. Org2 tua yg dahulu fanatik dgnnya, kini mula menjauhinya. Pernah saya borak dgn ibu rakan saya. Beliau katakan Forum Perdana kini tiada roh. Tidak seperti zaman DHA dan rakan2......

Wallahu'alam.......

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

Betul tu... kembalilah kepangkal jalan sebelum dikembalikan oleh Allah ke Rahmatullah.... bertaubatlah.. beristigfarlah.. saya masih ingat sekitar 25-30 tahun lalu ketika memeluk Hassan Ali ketika mengikuti program penbangunan insan di Sabha Training Centre... masa tu sangat sayu sebab saya pun dah tak da bapa... sayanglah kalau tidak mahu berpatah balik setelah terlanjur... anggaplah semua itu dugaan yg harus ditempuh dlm perjuangan... keikhlasan adalah satu yg dituntut... jangan disebabkan kita seorang tak berpuas hati... kita rosakkan Jemaah yg memperjuangkan Islam... ada banyak cara nak mengkritik.. kalau nak cari salah memang 1001 macam salah kita boleh jumpa... namun hanya keimanan kepada Allah akan membuatkan kita sabar dan redha dgn ketentuannya. mungkin tidak sekarang, mungkin esok... kalau dah rezeki takkan kemana... mungkin inilah tarbiah dari Allah utk menguji jiwa dan keikhlasan bakal seorang pemimpin dimasa depan, sapa tahu... kalau Hassan Ali nampal kepincangan dan kesalahan kan boleh berbincang dgn Tuan Guru atau Top-top dlm Jemaah secara kolektif... lantaran mengikut marah, ego dan nafsu.. bimbang kenyataan2 kita akan menjadi satu fitnah atau memberi peluang kpd pihak musuh Allah utk mengambil kesempatan memusnahkan perjuangan yg hampir membuahkan hasil ini. saya tak pandai Hassan Ali lebih berilmu dan berpendidikan namun fikir2kanlah perkara ini... Kejadian 25-30 tahun lalu masih saya ingat... rasa macam baru semaman memeluk Dato'.