Malah Nasir sering dilihat keluar masuk Istana samaada di Terengganu atau di Kuala Lumpur juga sering di lihat bersama Tuanku samaada di Malaysia ataupun Luar Negara!
Jadi tidak menghairankan dan mengejutkan apabila berita melaporkan Nasir telah diperkenan oleh Tuanku Mizan untuk Menerima Darjah Kebesaran PJN yang membawa gelaran Datuk.Apa yang menjadi perbualan hangat adalah,Nasir adalah orang Terengganu pertama menerima darjah kebesaran dari Tuanku selepas kemelut politik Terengganu.
Sebelum ini semua majlis penganugerahan Darjah kebesaran di Terengganu telah dihentikan akibat Tuanku murka terhadap geng-geng Idris Jusoh dan Darjah Kebesaran dari Agong tidak pernah dikurniakan kepada orang Terengganu selepas kes itu,tetapi kini Tuanku telah membuka ruang dengan menganugerahkan Dato Nasir dan beliau menjadi orang pertama membuka pintu hati Tuanku.Rapat benarkah hubungan mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan