"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau pemimpin Umno dianggap berpandangan jauh, kalau bukan Islam dianggap menghasut

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan tindakan pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA yang membuat laporan polis ke atas seorang pemimpin Kristian, Paderi Dr Eu Hong Seng semalam berhubung satu kenyataan didakwa menghasut.

christmas tea party koh tsu koon teresa kok Reverend Eu Hong Seng
Katanya, beliau tidak melihat apa-apa perkara menghasut dalam kenyataan Eu (foto paling kiri) yang menyampaikan satu ucapan di satu majlis sambutan ambang Krismas, hujung minggu lalu.


Malah, ketua Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu juga telah menimbulkan beberapa isu penting dalam peruntukan perlembagaan pada ucapan tersebut, katanya.

"Adakah disebabkan paderi itu seorang bukan Melayu dan bukan Islam maka kenyataannya dianggap menghasut?

"Saya fikir masyarakat kita, terutama kumpulan haluan kanan seperti PERKASA perlu lebih dewasa dan sanggup memberi lebih ruang untuk berbeza pendapat," katanya lagi.

Eu pada pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, terdapat perbincangan berterusan terhadap hak kumpulan majoriti bawah Perkara 153 Perlembagaan tetapi hak minoriti jarang diperkatakan.

Tindakan itu sama seperti membuli, kata Eu dalam ucapan pembukaan dalam majlis minum petang tahunan perayaan hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia itu.

Mengulas lanjut, Aziz Bari (foto kiri) berkata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah "memandang rendah" Tanah Rizab Melayu sebelum ini tetapi tindakan itu dianggap berpandangan jauh.

Beliau juga mengaitkan semula tindakan Mahathir pada tahun 1980-an dan 1990-an yang dianggap beliau "memalukan raja-raja."

"Bagaimana dengan Mahathir yang pada pertengahan 1990 telah memandang rendah Tanah Rizab Melayu dan menyamakannya dengan kawasan rizab Red Indian di Amerika Syarikat.

"Nampaknya ada kecenderungan begini – Umno-BN boleh buat apa saja yang mereka suka. Tengok sajalah bagaimana Mahathir memalukan raja-raja pada tahun 1983 dan 1993 dulu.

NONE
"Tapi entah kenapa kita tak boleh buat begitu – kita akan dianggap derhaka dan sebagainya sedangkan pemimpin Umno dianggap berpandangan jauh dan sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan.


Abdul Aziz berkata beliau menghormati hak PERKASA untuk membuat laporan berkenaan semalam, namun beliau tidak melihat langkah itu sebagai sesuatu yang betul.

PERKASA sepatutnya meminta Eu menjelaskan kenyataan tersebut, kata pensyarah itu lagi.

"Kita perlu ingat bahawa kita bakal memasuki tahun ke-55 kemerdekaan dan kita masih tersekat dalam pemikiran ini – mempertahankan Perkara 153.

"Perhatikan, Suruhanjaya Reid mengesyorkan supaya peruntukan itu disemak di parlimen selepas 15 tahun kemerdekaan. Sekarang, selepas hampir 55 tahun kita masih bercakap soal ini," tambahnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: