"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jenazah ayah Khalid selamat disemadi

Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ayah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor tadi.

Ayahnya Abdul Samad Salleh, 90, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 1 pagi tadi.

Allahyaraham telah dibawa ke IJN pada jam 10 malam semalam setelah mengalami serangan jantung di rumahnya.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Khalid memberitahu ayahnya telah melakukan pembedahan pintasan jantung pada tahun 1996 dan arwah pernah dimasukan ke IJN sebelum ini kerana serangan jantung dan dibenarkan pulah dua hari lepas.

Dalam pada itu Khalid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang telah mengirimkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.

"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir seperti AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Ahmad kerana sudi hadir.

"Tidak lupa terima kasih kepada pemimpin yang bukan Islam dari Keadilan dan juga DAP juga turut mengucapkan takziah kepada saya," jelasnya.

Turut menyampaikan ucapan takziah ujarnya Presiden Keadilan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pada itu beliau memberitahu kepada mereka yang mengenali arwah agar memaafkannya dan jika ada sesuatu yang belum arwah tunaikan diharapkan agar dapat menghalalkannya atau boleh berjumpa dengannya.

Tiada ulasan: