"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cemburu punca penyanyi dibelasah hingga pengsan

MIKAEL ADAM yang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

“Kita juga sudah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan anak orang kenamaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, Mikael Adam yang berada di dalam keretanya bersama dua rakan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum menariknya keluar lalu ditumbuk sehingga terjatuh dan mukanya dipijak.

Mohamed Zulkarnain berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ini pun satu statements ngok juga. Dah pelakunya telah dikenal pasti, tangkap jerlah. Tapi belum ada tangkapan dibuat.

Takut ker, sebab anak orang kenamaan?

Buka uniform, letak jawatan sajalah!