"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kami pulangkan duit PTPTN, bila Menteri pulangkan duit rakyat’

Sidiqin Omar 
KUALA LUMPUR, 19 April: Kerajaan sepatutnya mendesak mana-mana Menteri yang menjadi punca ketirisan ratusan juta ringgit untuk memulangkan wang itu kepada rakyat semula, sebelum menasihatkan mahasiswa memulangkan pinjaman pendidikan.

“Boleh pulangkan. Tapi kerajaan mesti tuntut juga hutang dan pulangkan semula wang yang tiris dalam perbelanjaan kepada rakyat,” kata Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini.

Beliau mencabar kerajaan untuk mengembalikan semula perbelanjaan wang negara dalam projek lembu fidlot nasional (NFC), komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lupus kira hutan bekas Pengerusi Mas, Tan Sri Tajuddin Ramli.

“Kuliah percuma oleh beberapa pensyarah yang hadir minggu ini membuktikan bahawa pendidikan percuma di Malaysia boleh dilakukan,” tegasnya.

Antara yang hadir ke perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka minggu ini dan mengadakan kuliah percuma termasuklah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan kartunis Zunar.

Sehingga kini, perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma telah masuk hari keenam.

“Respon orang ramai, NGO dan pertubuhan mahasiswa semakin kuat. Kami akan tetap bertahan,” tegas Syahid.

Tiada ulasan: