"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Komando di Stadium, TMJ guna nama bapak!!

laniismaa
Askar-Johor-VS-Kelantan
Johor Military Force -JMF isu terkini melibatkan pasukan bola sepak Johor. TMJ merasakan FRU tidak cukup untuk menjaga Sultan Johor sehinggakan terpaksa mengerah 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin JMF @ TSN – Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV sebelum ini.
Mereka dikatakan menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK) untuk melakukan tugas amat-amat berbahaya tersebut!! Baca juga Sultan Muhammad V Turut Bersama di Liang Lahad!!

“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” kata PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Kenyataan TMJ kepada Bernama;

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

“Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu,” titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak. Lagi Koleksi gambar mereka di stadium

Tiada ulasan: