"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak payah menulis panjang-panjang; Gambar-gambar yang dirakam ini menceritakan segala-galanya

Aspan Alias
Himpunan Kebangkitan Rakyat petang tadi merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan. Kebangkitan rakyat kali ini bukannya kebangkitan yang calang-calang kebangkitan. Ia merupakan perhimpunan terbesar dan ia melebihi dari perhimpunan semasa menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1957 dahulu. Pada jangkaan saya himpunan ini lebih besar dari humpunan Bersih 3.0 pada 24 April tahun lepas.
Ada yang telah mengatakan jumlah kehadziran melebihi 700,000 dan ada yang menganggap jumlahnya lebih besar dari itu. Bagi saya jumlag kehadziran hari ini sudah cukup untuk meyakinkan yang perubahan akan tetap berlaku jika di izin Tuhan.

Tidak perlu lagi kita menulisnya dengan panjang lebar. Tatap sahaja beberapa gambar yang saya petik dari beberapa pihak dan ia sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kemahuan rakyat terhadap perubahan.

Lautan manusia ini akan diterjemahakan kepada undi di dalam pilihanraya nanti. Apa yang perlu kita lakukan hanya bermohon kepada Tuhan agar segala gerakkan rakyat ini sentiasa berada di dalam keredhoanNya selalu.

Tiada ulasan: