"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shamsul Iskandar tidak tahu menghormati kawan!

senik

Assalamualaikum,,...

Ketika kita mahu melupakan apa yang telah dibuat oleh Azmin dan Zuraida, tiba tiba Ketua AMK yang juga MP bukit ketil, Shamsul Iskandar Akin secara terbuka menyalahkan TGHH, Persiden PAS atas isu pertindihan kerusi yang menyebabkan partinya PKR gagal meraih kerusi terbanyak di Selangor.

Orang Teganu kata mulut lembik sehingga tergamak beliau mengutuk TGHH tanpa ada sedikitpun rasa hormat.

Shamsul sepatutnya malu dengan pemuda PAS, yang ketua DPPM samada yang sekarang atau yang dulu, tidak pernah menyalahkan pemimpin utama PKR dalam apa jua isu yang terjadi.

Shamsul yang pernah bertanding di Dungun pada PRU 12 dan bersama UAI ketika berkempen seharusnya sudah belajar bagaimana layanan ahli PAS terhadapnya dan sudah pasti akan merasa malu untuk menyalahkan TGHH sedemikian rupa, apa kena Shamsul Iskandar sebenarnya?

Pada ketika seluruh jentera PR bersama NGO sedang tumpukan penuh perhatian untuk menekan SPR dan BN, kata kata Shamsul Iskandar adalah tidak diperlukan, lebih baik Shamsul memberi tumpuan kepada blackout 505 demi kepentingan bersama.

Kenapalah sebenarnya tujuan Shamsul, nak kata beliau menjadi proxy kepada Azmin, Azmin sendiri sudah mengaku kesilapannya dalam isu pertindihan kerusi di Selangor sehingga PKR dikatakan hilang dua kerusi, malah pengakuan Azmin boleh dikatakan menyebabkan Shamsul terpaksa menjilat ludahnya kembali.

Shamsul harus segera meminta maaf............

1 ulasan:

ras abu berkata...

Hampas betul budak ni - awak menang kat Bukit Katil atas bantuan PAS