"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Belang Khairy Mula Menyeleweng

Rakyat Terkilan

Baru jadi menteri Khairy dah mula menyeleweng apabila Festival Belia 2013 berlangsung dari 23 hingga 26 Mei 2013.

Kontraktor pembersihan dan kutipan sampah seluruh Putrajaya dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. Tapi Khairy menolak dan melantik syarikat kroni sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengalaman telah menimbulkan banyak masalah apabila sampah festival tidak dikutip menyebabkan sampah bertimbun dan menyebabkab bau busuk. Selain tidak cukup pekerja, kelengkapan dan tong sampah juga jumlahnya tidak cukup untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai dan sampah yang bertimbun.

SPRM perlu menyiasat kerana mungkin selepas acara festival ini berakhir Khairy dan KBS nungkin akan mengarahkan Perbadanan Putrajaya untuk menggunakan kontrak Alam Flora supaya membuat pembersihan dan mengutip sampah. Ini bermakna wang rakyat akan dibazirkan sebanyak 2 kali iaitu melantik kontraktor khas bagi festival belia ini tetapi tidak menjalankan tugas mereka sebaliknya lantikan dan bayaran telah dibuat. Selepas itu wang rakyat dibazirkan lagi apabila Alam Flora diarah membuat kutipan sampah yang sama.

Cakap tak serupa bikin. Inilah contoh penyelewengan berterusan yang akan dibuat oleh BN apabila diberikan kuasa untuk terus memerintah.

Rakyat Terkilan

1 ulasan:

maie1958 berkata...

bila si penyamun berkuasa itulah padahnya!!!