"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna bomoh panggil pesawat, ini ulasan Ustaz Don


Penggunaan bomoh tikar terbang di KLIA turut mendapat ulasan penceramah agama terkenal, Don Daniyal Don Biyajid. Ulas Ustaz Don.

"Bagaimana pandangan orang Arab yang menghormati kita apabila melihat negara menggunakan bomoh untuk mencari sebuah kapal terbang hilang?

"Bagaimana pula pandangan orang Eropah yang sudah mula suka dengan Islam apabila melihat cara ini digunakan?," katanya kepada mStar Online.

Perkara-perkara yang bertentangan dengan agama tidak harus dibiarkan berlaku, jelas beliau.

"Kita (Malaysia) tidak hidup berseorangan.

"Kita (penerbangan) bawa nama negara, MH370 melibatkan penerbangan antarabangsa dan membawa penumpang antarabangsa,"

Selagi seseorang itu menggelarkan dirinya bomoh atau tukang tilik walaupun bertujuan baik, ia tetap diharamkan dalam Islam.

"Matlamat tidak menghalalkan cara.Di Malaysia, selagi seseorang itu dalam golongan ustaz, ulama, doktor, saintis atau ahli forensik, dia bukanlah seseorang yang bergelar bomoh dan seseorang yang menggelarkan bomoh sudah tentu bukan tergolong dalam kumpulan tersebut," tegasnya.

Ikhtiar menggunakan bomoh perlu ditolak walaupun pengamalnya menjadikan potongan ayat atau surah al-Quran sebagai mantera.

"Kalau seseorang itu tiada duit dan dia mengambil ikhtiar mencari duit untuk meneruskan hidup...dia membaca 'Bismillah' ketika membuka pintu untuk mencuri di sebuah rumah dan membaca 'Alhamdulillah' selepas mencuri, tindakannya tetap salah dan hukumnya berdosa," jelasnya, memberi contoh.

Tambah Ustaz Don lagi.

"Dengan apa yang berlaku rakyat Malaysia perlu lebih banyak mendalami ilmu agama kerana kekurangan ilmu dan pegangan agama boleh menyebabkan sesuatu bala atau musibah diturunkan oleh Allah."

Sumber link

Tiada ulasan: