"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini: Menteri pengangkutan akui terdapat 4 pasport diragui dalam MH370

SHAH ALAM: Perkembangan terbaru memetik Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.

Menurut Menteri Pertahanan itu, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.

Unit Anti Pengganas serta FBI sedang menjalankan siasatan mengenainya.

Terdahulu menurut akhbar The Guardian melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Seorang lagi kes passport palsu masih belum didedahkan identitinya.

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 telah mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belaku 'secara tiba-tiba'.

Spekulasi terbaru mengatakan bahawa pesawat tersebut mungkin dirampas ekoran isu pasport ini.

-sinarharian


DCA: Hanya dua pasport palsu dalam MH370

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan, hanya dua penumpang didakwa menggunakan pasport palsu dalam penerbangan MAS MH370 dan bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.

“Kami mempunyai rakaman CCTV penumpang yang mendaftar masuk di tempat berlepas.

“Ia sekarang digunakan dalam siasatan berhubung perkara ini,” kata ketua pengarah jabatan itu Azharuddin Abdul Rahman (kiri) dalam sidang media hari ini.


Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media sebelumnya berkata, empat penumpang MH370 mungkin mempunyai kaitan dengan pasport curi atau palsu.

Tiada ulasan: