"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar ayat al-Quran hilang (Gambar)

Gempar ayat al-Quran hilang
Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya’ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.

Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.

Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba’, al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa’.

Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.

“Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.

“Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,’ katanya.

Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin.

Tiada ulasan: