"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jabatan agama negeri dan majlis agama negeri lebih kuah daripada sudu daripada Majlis Fatwa?

Abu Al-Zahra
Ampang, Malaysia ·
Para ustaz yang mendapat tauliah daripada jabatan agama negeri tidak sewajarnya menyentuh perkara yang tidak pernah difatwakan sesat di Malaysia. Umpamanya so call Wahabi. Kenapakah jabatan-jabatan agama negeri beria-beria sangat menggalakkan tanpa melarang sebahagian ustaz ustaz bermudah-mudah menyesatkan, mengkafirkan Wahabi? Jika dah ternyata golongan ini sesat menyesatkan, fatwakan sahaja sesat. Haramkan sahaja orang Malaysia ke Saudi untuk belajar, umrah dan haji. Tutup sahaja Kedutaan Saudi di Jalan Ampang.

Berapa banyak tarikat-tarikat sufi yang difatwakan sesat tidak diambil tindakan oleh jabatan-jabatan agama negeri. Malah dibiarkan berleluasa. Tanpa ditangkap, ditahan mereka? Berapa ramai ustaz-ustaz yang gemar membawa hadis-hadis palsu, cerita-cerita kosong, cerita-cerita kartun dan merepek, menjual produk, menyanyi dan bergendang di dalam masjid diberikan tauliah mengajar? Agama apa yang kita cari? Agama apa yang ingin kita lahirkan?

Persoalannya, adakah jabatan agama negeri dan majlis agama negeri lebih kuah daripada sudu daripada Majlis Fatwa? Adakah kedua-dua agensi dianggotai pegawai-pegawai yang pro kepada ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat?

Sumber FB Abu Al-Zahra

Tiada ulasan: