"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misteri Binaan Piramid Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran Sejak Beribu Tahun Dahulu

Tranungkite
Misteri Binaan Piramid Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran Sejak Beribu Tahun Dahulu | Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, Beribu tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Wallahu’alam….


Link
http://ccnetmyv2.blogspot.com

Kanak-kanak 2 tahun ini menjadikan ular sawa teman tidur (Gambar)

Jakarta: Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.

Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.

Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.

Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.
Foto
DHIAZ (kiri) bersama adiknya dan ular peliharaan bapa mereka.
Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.

“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.

Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.

Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.

Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.

‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun.

Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.

Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.

“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi/hmetro

Upah penagih bunuh isteri

Gambar kecil Amina Bibi
Gambar kecil Amina Bibi
SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan.

Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut.

Mangsa, Amina Bibi dipercayai ditikam lebih 70 kali dalam insiden menggemparkan di kediaman mereka di Forest Gate, timur London.

Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak sulung mereka yang berumur 11 tahun pada September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati bebanan hutang dan hubungan sulit bersama adik iparnya mungkin menjadi motif utama Ali bertindak demikian.

“Amina ada menyimpan sejumlah besar wang di rumah mereka dan suaminya mungkin merancang untuk mencurinya dengan ‘bantuan’ Best,” kata jurucakap pihak berkuasa.

Difahamkan, Best diberkas di kediamannya kira-kira empat hari selepas insiden pembunuhan tersebut dan hasil siasatan lanjut turut membawa kepada penahanan Ali tidak lama selepas itu.

Kedua-dua mereka disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan oleh Woolwich Crown Court.
-sinarharian-