BHarianonline
Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan 11 kereta dan sebuah motosikal di MRR2, hari ini. - Foto ihsan JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Tiga individu, termasuk seorang wanita, cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.09 petang tadi.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 43 hingga 65 tahun itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
"Tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba.
"Operasi menyelamat dan pembersihan dilaporkan selesai pada jam 4.43 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan