"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Kalau tertangkap denda sehingga RM10,000, Dah tak boleh suka-suka pi Thailand!

Sharifah Mahsinah Abdullah
am@hmetro.com.my
PASUKAN PGA memasang papan tanda di empat pangkalan haram di Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
PASUKAN PGA memasang papan tanda di empat pangkalan haram di Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram.

Tiga daripada papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram MCA, Syed Agil dan Jitong manakala satu lagi di Kuala Tanjung di Tumpat.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata, papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram yang sering digunakan rakyat negara ini untuk menyeberang ke Thailand.

Beliau berkata, tindakan itu juga selaras dengan arahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bahawa mereka yang didapati menyeberang ke Thailand secara haram akan ditahan dan dikenakan denda sehingga RM10,000.

"Papan tanda itu menyatakan sesiapa yang ditangkap melintas ke Thailand melalui laluan haram boleh ditangkap dan dikenakan denda sehingga RM10,000 kerana melanggar Akta Imigresen.

"Tindakan sama juga boleh diambil terhadap warga asing yang memasuki Malaysia melalui pangkalan haram yang terletak di sepanjang sungai Golok," katanya tadi.

Nik Ros Azhan berkata, anggota PGA juga diminta meningkatkan pemeriksaan mereka di pangkalan haram untuk menangkap mereka yang melanggar peraturan.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan akan menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand, berkuat kuasa 1 Disember depan.

Mereka akan ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: