‘Pegawai Imigresen tinggal kaunter pergi tandas, surau lama-lama’
ZULKIFLI MANZOR
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui berlaku insiden ketiadaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di beberapa kaunter manual di pintu masuk negara di Tambak Johor pada waktu puncak.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden itu didapati berlaku ketika pertukaran syif atau semasa kakitangan terlibat pergi ke bilik air atau menunaikan solat.
“Sepatutnya lima hingga 10 minit, tetapi berlama-lama. Itu berlaku. Itu hal tadbir urus oleh pentadbiran yang kita ingatkan kepada pimpinan Imigresen untuk kurangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berhubung ketiadaan kakitangan JIM di kaunter manual pada waktu puncak.
Saifuddin Nasution berkata, beberapa langkah namun telah diambil untuk menangani perkara itu termasuk melakukan pengubahsuaian terhadap peralihan syif pada waktu puncak.
Menurut beliau, penggunaan teknologi ‘infrared’ yang mengesan pergerakan membolehkan urusan pelepasan dilakukan dengan cepat iaitu kurang 25 minit juga dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan