"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelampung terlepas, wanita hilang dibawa arus sungai

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba menjalankan operasi ASR di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi ASR di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Gerik: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras bersama ibunya ketika beriadah dengan tiga ahli keluarga lain di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku ketika keluarga berkenaan sedang mandi sambil bermain pelampung di sungai berkenaan.

Mangsa, Nur Arina Azizan, 20, dilaporkan terpisah daripada ahli keluarga lain apabila pelampung yang digunakannya dihanyutkan arus deras.

Ibunya yang berusia 48 tahun turut dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan mangsa, tetapi berjaya diselamatkan penduduk kampung, namun Nur Arina masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Mohd Azizan Aziz berkata, pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada 3.11 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan pencarian di permukaan sungai dan selaman di lokasi mangsa dipercayai hilang.

"Pasukan Bomba Sukarela Kampung Kerunai turut membantu SAR dengan menaiki sembilan kayak menyusuri sungai bersama agensi lain yang mencari di tebing.

"Pasukan Unit Anjing Pengesan juga sudah diaktifkan dan Pasukan Penyelamat Di Air sudah di lokasi," tambahnya.

Katanya, operasi ditangguhkan pada 7 malam dan pencarian akan disambung semula 8 pagi esok.

Tiada ulasan: