"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut, anak parah dirempuh kereta api

Bernama

Mangsa berusia 41 tahun maut di tempat kejadian, manakala anaknya berusia 11 tahun putus kaki kanan dan cedera di tangan.
Pasukan bomba melakukan pembersihan dan membantu mengangkat jenazah mangsa di lokasi kejadian di hadapan Kampung Petagas, Putatan, hari ini. (Gambar JBPM)
PUTATAN: Seorang wanita maut manakala anaknya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api di hadapan Kampung Petagas tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putatan Penolong Penguasa Bomba Noorsherriyana Bohari berkata, Lena Gabin, 41, dan anak lelakinya dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan.

“Lena disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang putus kaki kanan selain cedera di tangan dan kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Noorsherriyana berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 2.20 petang.

“Pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat jenazah mangsa,” katanya menambah, operasi tamat pada 2.47 petang tadi.

Tiada ulasan: