K PRAGALATH
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bakal disaman RM1bilion.
Tindakan saman tersebut dibuat oleh Kumpulan DSAT.
Ini ekoran kenyataan Sanusi pada 7 Nov pada 7 November lalu, di mana beliau mengharapkan syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC agar benar-benar mempunyai kemampuan untuk menguruskannya.
“Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan ‘scam’ lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.
“Macam scammer tak bagus lah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan… perlu jumpa pihak peguam KDA,” katanya.
Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki pasukan itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.
Menurutnya, tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC
Pelawaan itu kemudian disambut Azizul yang mengutuskan surat rasmi melalui anak syarikatnya, Mahsuri Medical Centre (MMC) pada Ahad lalu mengenai minat mendapatkan pasukan bola sepak tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan