"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kawanan monyet mengamuk serang balai polis

KOSMO
GAMBAR fail menunjukkan beberapa ekor monyet memanjat badan seorang jurugambar di wilayah Lopburi. – AFP
BANGKOK – Polis di tengah Thailand menyatakan bahawa mereka terpaksa berkubu di balai sendiri hujung minggu lalu selepas 200 ekor monyet yang terlepas, merusuh di bandar tersebut.

Penduduk bandar  Lopburi sudah lama menderita akibat peningkatan populasi monyet agresif dengan pihak berkuasa membina kawasan khas bagi melindungi diri mereka.

Bagaimanapun kelmarin, kira-kira 200 monyet terlepas dan mengamuk di seluruh bandar Loburi dengan turut menyerang balai polis tempatan.

“Kami perlu memastikan semua pintu dan tingkap ditutup untuk menghalang primat ini daripada memasuki bangunan untuk mencari makanan,” kata kapten polis, Somchai Seedee kepada AFP hari ini.

Dia bimbang penceroboh itu akan memusnahkan harta benda termasuk dokumen polis.

Polis trafik dan anggota-anggota bertugas dipanggil untuk menghalau penceroboh tersebut, kata polis Lopburi di laman Facebook semalam.

Kira-kira 12 ekor monyet itu masih berada di atas bumbung balai polis hari ini, demikian menurut gambar media tempatan.

Di jalanan, anggota polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha menangkap monyet itu dengan memberi umpan makanan supaya haiwan liar itu menjauhi kawasan penduduk. – AFP 

Tiada ulasan: