Agensi
LOKASI kejadian. FOTO Sina News
Beijing: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli-belah dekat wilayah Shandong, timur China pada 16 November lalu.
The Straits Times memetik media tempatan, kejadian 8.30 malam itu berlaku di pusat beli-belah MixC, bandar Jining dekat barat daya Shandong.
Dalam video dimuat naik di laman sosial, seorang kanak-kanak perempuan dilihat bersandar pada panel kaca bersebelahan dengan eskalator.
Budak itu meletakkan sebelah tangan pada susur tangan eskalator.
Ketika itu eskalator itu beroperasi.
Mangsa kelihatan seperti 'tertarik' oleh susur tangan itu, manakala panel kaca itu 'tercabut'. Ia menyebabkan dia jatuh melalui ruangan antara panel kaca dan eskalator itu.
Kejadian berlaku terlalu pantas iaitu dalam masa kira-kira dua saat.
Seorang saksi memberitahu New Tang Dynasty Television bahawa ketika kejadian, dia berada di sebuah kedai di tingkat satu, sebelum mendengar bunyi dentuman.
Katanya, ambulans mengambil masa lebih 10 minit untuk tiba berikutan kesesakan lalu lintas.
Pihak berkuasa dilaporkan menjalankan pemeriksaan keselamatan di pusat beli-belah itu, yang dibuka pada 2 November, iaitu 10 hari sebelum kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan