AZMI NORDIN
Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa yang tersangkut di gondola dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Jalil, hari ini.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Vietnam ditemui maut tersangkut di gondola selepas terjatuh dari tingkat 24 dalam kejadian di sebuah kondominium, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya terima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.53 pagi tadi.
Katanya, seramai tujuh anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang wanita warga Vietnam berusia 30 tahun dipercayai telah terjun dari tingkat 24 bangunan.
“Mangsa kemudian ditemui tersangkut di gondola tingkat tujuh bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas kenyataan itu, pasukan bomba berjaya membawa turun mayat mangsa lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan