"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita disisih dalam kabinet Najib?

Barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak mengutamakan kebolehan golongan wanita untuk mengetuai 26 portfolio yang diumumkan, petang semalam.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata hanya 2 orang sahaja dipilih menjadi menteri iaitu Shahrizat Abdul Jalil dan Ng Yen Yen.

Rodziah berpendapat, ia jauh daripada sasaran 30 peratus biasa dilakukan oleh beberapa perdana menteri terdahulu.

“Yang saya dapati line-up 26 menteri yang diumumkan tadi, hanya 2 orang sahaja yang kita tengok menteri wanita, jelas keseluruhan performance menteri-menteri wanita hanya 7 peratus sahaja.” Kata Rodziah

“Bagi saya sebagai satu organisasi, kerajaan sepatutnya membabitkan penglibatan wakil wanita yang mana saya pasti banyak wanita diluar sana yang berkelayakan unutk mengisi kekosongan tersebut.” Tambahnya lagi.

Najib juga dilihat memilih menteri-menteri daripada kalangan kroninya dan tidak berdasarkan kepada kebolehan dan kredibiliti mereka.

“Perdana Menteri kita masih lagi meletakkan favoritisme, bukan kita letak atas dasar kebolehan seseorang, makna favorite orang ni kita letak, kita rasa ada bilogi dengan kita, kita letak. Sepatutnya itu diketepikan. Kita mahu menteri ini dipilih atas dasar kredibiliti, efficiency dan apa yang boleh dibawa rakyat Malaysia ni ke depan.” Ujar beliau lagi.

Rodziah berkata, Najib juga melakukan perubahan terlalu drastik dan tidak memberi peluang kepada menteri yang dilantik setahun lalu oleh Tun Abdullah, untuk terus memegang jawatan masing-masing.

“Perubahan ini adalah terlalu drastik. Sepatutnya sebab kita baru, tidak sampai setahun dipilih menteri yang lepas dan perubahan ini kadang-kadang melibatkan polisi kerajaan yang baru dibuat tu terpaksa ditangguhkan atau dibuang.”

Tiada ulasan: