"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis menjilat pekung skandal lembu

PETALING JAYA: PKR membidas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam bahawa siasatan polis sehingga kini tidak mendapati sebarang elemen pecah amanah dalam pengurusan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Naib Presiden N Surendran menyoal kenapa perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian pada hal siasatan masih berjalan. Adalah tidak masuk akal apabila pihak polis membuat kesimpulan sedemikian sebelum tamatnya siasatan.

NFC diurus tadbir oleh suami kepada Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, iaitu Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail dan tiga anak mereka.

Surendran menyifatkan kenyataan Khalid ini sebagai percubaan untuk menutup pekung skandal ini ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011 di Putra Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dewasa ini.

“Lebih memeranjatkan apabila pihak polis mengesahkan bahawa mereka belum lagi mengambil keterangan daripada Shahrizat, tokoh utama dalam kontroversi projek lembu ini.

“Kenapa pihak polis tidak memanggil Shahrizat untuk memberi keterangan? Saya kira pihak polis mahu mencuci tangan dalam skandal ini. Sikap polis ini memeranjatkan kerana skandal ini melibatkan penyelewengan dana awam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, tindakan Khalid mengeluarkan kenyataan itu ialah supaya orang ramai percaya bahawa tidak berlaku sebarang kes pecah amanah, walaupun dana awam itu digunakan untuk membeli dua buah kondominium mewah, lawatan ke luar negara, kereta-kereta mewah dan tanah strategik.

Semalam, PKR mendedahkan bahawa NFC telah membeli sebidang tanah yang strategik di Putrajaya dan sebuah kereta mewah dengan menggunakan wang pinjaman mudah dari dana awam yang berjumlah RM250 juta itu.

Polis tutup pekung skandal lembu

Tiada ulasan: