"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Desa masuk ICU

Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan d
Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana
KOTA BHARU: Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.

Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.

“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.

“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut.

“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.

Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.

Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

Tiada ulasan: