"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Galaksi berbentuk topi penduduk Mexico


GAMBAR menunjukkan galaksi Sombrero yang dirakamkan teleskop angkasa lepas Spitzer.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Teleskop angkasa lepas Spitzer milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah merakamkan imej Galaksi Sombrero.

Gambar itu telah didedahkan NASA kelmarin.

Galaksi berkenaan dinamakan demikian kerana ia menyerupai topi Sombrero yang sering dipakai oleh penduduk Mexico.

Menurut NASA, Sombrero sebenarnya merupakan dua buah galaksi dan imej sebelum ini menunjukkan ia berbentuk rata seperti cakera. 
-Reuters-

Tiada ulasan: