"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Menteri Wilayah, Raja Nong Chik dianugerahkan projek RM30 juta

Anaksungaiderhaka
Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi.. jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan kontrak kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar.
Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.
Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.
Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000 terhadap aset semasa..

Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

1 ulasan:

mk9m berkata...

Asssalamualaikom
Sememangnya susah dan berliku jika seorang ahli perniagaan dilantik menjadi menteri kabinet.
Beliau menerima perjawatan tersebut utk berkhidmat secara ikhlas kpd negara, parti dan seterusnya kpd rakyat amnya.
Jika beliau tidak menjadi seorang menteri pun .Beliau adalah antara golongan ahli perniagaan yang berjaya.
Mencari dan membuat isu adalah mudah menjadi fitnah jika apa yg dibangkitkan adalah benda palsu yg di wujudkan hanya utk kepentingan diri sendiri.
Kami kenal siapa RAJA NONG CHIK, tidak mudah berurusan dengan beliau jika kita mengharapkan beliau memberikan kita sesuatu yg bukan hak kita .
Beliau tidak akan menggunakan kuasa beliau utk kepentingan diri beliau dan keluarga.
Selidiklah..sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yg berbau fitnah.
Berilah peluang kpd beliau utk meneruskan perkhidmatannya kpd rakyat dan bangsanya.
Keikhlasannya hanya ALLAH yg mengetahui.
InsyaALLAH moga beliau sentiasa di rahmati.
Syabas kpd beliau kerana menerima cabaran utk bekhidmat utk rakyat dengan meninggalkan kehidupan selesa beliau sebagai ahli perniagaan kpd kehidupan yg sibuk utk rakyat.