"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar sanggup berhujan, tawan hati hadirin di Stadium Kajang

KAJANG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan hati 5,000 hadirin apabila sanggup meneruskan ucapan dalam hujan renyai-renyai bersama para hadirin malam tadi.
“Saudara basah saya basah, Wan Azizah (Wan Ismail) marah (sebab) dia doktor,” kata Anwar ketika berucap di Stadium Kajang, sambil merujuk kepada isterinya kerana terus berucap dalam keadaan basah.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadikan sasaran dalam ucapannya kerana kegagalan Perdana Menteri membendung politik keganasan.

Ujar beliau, “tidak pernah di dalam sejarah negara ini kita lihat keganasan berlaku secara berlebih-lebihan. Kes orang dipukul, dibaling batu, senaman buntut, inikah yang dinamakan budaya Melayu?”

Senaman buntut budaya Melayu?

Dimanakah suara Najib?,” tanya Anwar sambil merujuk kepada kejadian lontar batu dalam sesi ceramah di Lembah Pantai dan senaman buntut di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk S Ambiga bulan lalu.

Lantas beliau menasihatkan Najib agar tidak bersekongkol dengan pihak yang menggunakan kaedah kekerasan dan keganasan dalam memperjuangkan hak mereka.

“Najib, dengar pada abang kamu di sini. Jika nak memerintah jangan bekerjasama dengan gangster. Hormatilah undang-undang jika tidak kedudukan kamu selepas ini ialah sebagai Ketua Pembangkang,” kata Anwar dengan nada sinis.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan berdiam diri jika tuduhan sebegitu rupa dihadapi oleh ahli Pakatan Rakyat dan PKR.

Anwar berhujah bahawa ketiadaan tindakan dari Najib bermakna Najib sedang memperkecilkan konsep wasatiyyah yang diperkenalkannya sendiri.

“Wasatiyyah merujuk kepada keseimbangan antara lelaki, wanita dan alam…..kesederhanaan. Di dalam kerajaan pemimpin kena pikul tanggungjawab. Tapi media penuh dengan fitnah dan seks,” jelas beliau.

Beliau mengkritik media milik Umno seperti TV3 dan Utusan Malaysia yang begitu menumpukan perhatian terhadap fitnah seks yang dilontar terhadap dirinya dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berbanding dengan krisis hutang negara yang kian tenat.

Tiada ulasan: