"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harga petrol RON95 (kuning) mesti diturunkan sekarang

PETALING JAYA, 7 JUN: DAP mahu kerajaan persekutuan menurunkan harga runcit minyak petrol RON95 serta-merta berikutan dengan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.

Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San, berkata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah mengumumkan harga petrol RON97diturunkan 10 sen seliter, menjadikan harga runcit menjadi RM2.80 seliter mulai hari ini.

Katanya, Husni mengatakan bahawa kejatuhan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan oleh harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 satu tan. “Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa,” katanya, merujuk kepada jenis petrol yang digunakan oleh majoriti pengguna kenderaan di negara ini.
Menurutnya, RON97 pula merupakan bahan api yang ditentukan oleh “sistem apungan
terurus”, iaitu harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malah, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenarkan untuk menggunakan petrol RON97 yang lebih mahal.

Mengikut apa yang dipaparkan di kebanyakan stesen minyak seluruh negara, harga sebenar minyak RON95 termasuk cukai ialah RM3.53 seliter, manakala harga sebenar diesel termasuk cukai ialah RM3.26 seliter.

Harga runcit RON95 dan diesel masing-masing ialah RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter, dimana kerajaan memberi pelepasan cukai dan subsidi sebanyak RM1.63 seliter dan RM1.46 masing-masing kepada RON95 dan diesel.

“Masalahnya, adakah harga runcil petrol RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol
RON95, iaitu RM3.53 seliter?

“Malah harga RON97 yang berada di tahap RM2.80 seliter ini juga jauh lebih rendah daripada harga jualan diesel tanpa subsidi (RM3.26 seliter). Oleh itu, adalah kerajaan persekutuan benar-benar menetapkan haraga runcil RON97 mengikut harga pasaran antarabangsa?” soal Lau yang juga ADUN Kampung Tunku.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Barisan Nasional sebenarnya masih memberi subsidi kepada minyak RON97 tetapi ini tidak diterangkan kepada rakyat kerana rata-rata pengguna-pengguna minyak RON97 ialah warga asing dan pemilik-pemilik kereta mewah.

“Mengapakah subsidi yang diberi kepada RON97 tidak dihapuskan sama sekali dan diberi kepada RON95 agar harga runcitnya boleh diturunkan lagi?

“Lebih-lebih lagi, harga RON95 dan diesel seharusnya diturunkan lagi berikutan kemerosotan harga minyak mentah antarabangsa,” ujar beliau.
-Roketkini.com-

Tiada ulasan: