"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih 20 samseng Umno ganggu keluarga Azmin Ali malam tadi

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa lebih 20 orang pemuda, dipercayai anggota sayap muda sebuah parti politik, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi.

Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.

Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, kata Azmin, polis tiba di rumah beliau untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."

Seorang pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.

Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.

Beberapa ceramah dan program anjuran parti itu juga berhadapan dengan tindakan kasar pihak tertentu sejak kebelakangan ini.

Tiada ulasan: