"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akibat Tinggalkan Perjuangan, Insan Ini Gila Talak

WFAUZDIN NS

GILA TALAK. Mungkin itulah perkataan yang boleh digunakan untuk Hassan Jati apabila beliau dilaporkan berkata tidak akan meninggalkan PAS untuk menyertai Umno. "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", sesuai juga buat mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu.


"Kerana mulut badan binasa", kerana kepetahan mulut beliau itulah maka beliau menerima bahana. Kepetahan yang Allah anugerahkan kepada beliau sepatutnya digunakan berjuang memperkuatkan PAS parti yang beliau sertai berbelas tahun dahulu. Malangnya, kerana ego dan bongkak lebih-lebih lagi merasa beliau seorang yang hebat dan berpengaruh di dalam PAS, beliau melanggar disiplin parti. Jangkaannya PAS tidak akan berani memecat beliau kononnya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti Islam tersebut ternyata silap.

PAS telah menegurnya beberapa kali dan beliau juga telah diberi amaran agar sentiasa menghormati disiplin parti terutamanya menghormati Majlis Syura suatu badan yang tertinggi di dalam PAS. Jadi, tiada sebab Hasan Jati ini merasa beliau dizalimi oleh PAS. PAS pecat beliau bukan kerana isu Murtad yang kononnya beliau sangat perjuangkan. Semua tahu PAS memecat tokoh yang kepingin mahu menjadi MB Selangor itu adalah kerana beliau mengkritik dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS dan dasar ini telah dipersetujui oleh Majlis Syura. Itu sebabnya.

Kini, tiba-tiba Hassan Jati berkata dia tidak akan meninggalkan PAS. Silap kenyataannya itu. Beliau bukan tidak meninggalkan PAS tetapi PAS yang memecat beliau atas kehendaknya juga. Beliau sememangnya mahu PAS pecat beliau kerana beliau tahu masa hadapan politiknya di dalam PAS telah hancur. Beliau ditolak oleh ahli-ahli PAS sewaktu Muktamar PAS, bahkan beliau hilang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu satu jawatan yang memungkinkan beliau menjadi MB Selangor sekiranya PAS menang besar di Selangor melebihi kerusi yang dimenangi oleh KEADILAN dan DAP.

Oleh yang demikian, apa gunanya Hassan Jati menyebut beliau tidak akan tinggalkan PAS? Sebagai isteri yang telah diceraikan oleh suami, mana mungkin boleh ke hulu ke hilir ke ceruk kampong mendakwa bahawa beliau tidak akan tinggalkan suaminya? Sudah pasti orang kampong akan berkata wanita itu sudah 'gila talak' kalaupun tidak 'meroyan'.

Kita tahu hati kecil Hassan Jati masih yakin PAS jauh lebih baik dari Umno. Mahu tunjuk menyesal atau merayu kembali ke dalam parti terasa malu. Mahu berhijrah ke parti Umno, pertamanya beliau tahu dan kenal siapa Umno. Keduanya, adakah Umno berselera untuk mengambil orang seperti Hassan Jati ini? Jika sekadar menjadi orang yang pandai bercakap semata-mata tetapi tidak boleh bekerja, di dalam Umno pun melambak orang seperti itu. Maka, Umno tidak hairan dengan Hassan Jati cuma Umno mahu Hassan Jati menjadi 'sub kontrak' mereka sahaja untuk memusnahkan PAS.

Menyesal kemudian tidak berguna. PRU ke 13 tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Hassan Jati mungkin sudah merasa pening adakah Umno sudi memberi sedekah satu kawasan untuk beliau tandingi? Adakah nanti Hassan Jati terpaksa bertanding di dalam pertandingan 3 penjuru berhadapan dengan Umno/Bn dan juga calon dari PR? Saya rasa elok sahaja Hassan Jati jangan bertanding daripada mendapat malu kehilangan deposit./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: