"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TV boleh membunuh

Ampang: Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
-Bernama-

Tiada ulasan: