"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tidak pasti sama ada ketawa atau menangis

Lim Kit Siang
Saya benar-benar tidak pasti sama ada untuk ketawa atau menangis – tahap bahasa Inggeris di Malaysia telah benar-benar jatuh ke paras yang teruk dan memalukan selepas empat dekad pemerintahan Umno BN.
Minggu lalu, Malaysia diaibkan pada peringkat nasional dan antarabangsa apabila laporan Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 dikeluarkan, kerana kedudukan negara pada gred kelapan Matematik jatuh daripada tempat ke-20 pada 2007 kepada tempat ke-26 pada 2011 sementara kedudukannya di dalam Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, daripada tempat ke-21 pada 2007 ke tempat ke-32 pada 2011. Mata purata Matematik negara kita jatuh daripada 474 pada 2007 kepada 440 dan mata purata Sains negara kita jatuh pada tahap lebih teruk daripada 471 pada 2007 ke 426 pada 2011, kedua-duanya jauh lebih rendah daripada purata antarabangsa untuk kedua-dua subjek di dalam TIMSS 2011.

Apa yang lebih teruk, Malaysia juga diaibkan kerana menjadi satu-satunya negara daripada 6 negara daripada 42 negara terlibat di dalam kajian Matematik dan 45 negara terlibat di dalam kajian Sains untuk melihat kejatuhan pada mata Matematik dan Sains juga kedudukan! Kebanyakkan negara lain sama ada mata dan kedudukan mereka bertambah baik atau kekal pada tahap sebelumnya.

Akan tetapi pencapaian teruk pelajar kita di dalam matematik dan sains apabila dibandingkan dengan pencapaian pelajar antarabangsa bukanlah satu-satunya kerosakan sistem pendidikan Malaysia.

Satu lagi bidang yang sama kritikal yang mana sistem pendidikan Malaysia telah gagal dengan teruk adalah subjek Bahasa Inggeris, yang telah digambarkan dalam tempoh 24 jam lalu membuatkan saya tidak pasti untuk ketawa atau menangis.

Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan yang mana saya mengatakan: “Saya berhasrat memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin UMNO/BN yang lain kerana telah dipilih meyertai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) DAP pada Kongres DAP ke-16 – dan dengan undi tertinggi.”

Saya benar-benar tercengang apabila ada pemimpin dan penyokong UMNO/BN membacanya secara literal dengan maksud saya benar-benar menyedari “salah laku” saya dan saya telah mengakui Najib betul.

Adalah sangat tidak masuk akal bahawa pemahaman Bahasa Inggeris yang sebegitu lucu boleh terjadi di Malaysia 40 tahun lalu!

Baru-baru ini, kita melihat seorang Menteri Besar yang pemahaman Bahasa Inggerisnya begitu teruk sehingga beliau dapat “mencipta” kiasan dalam Bahasa Inggeris hanya yang beliau sahaja faham – apabila beliau mengatakan tentang “mengerat telinga beliau” dan “terjun ke dalam sungai” di Pahang sekiranya MCA tewas kepada DAP di Bentong dalam pilihan raya umum ke-13.

Setiap orang yang mencari di internet cuma dapat menemui kiasan seperti "cutting the nose to spite the face" dan "jumping into the lake" bukannya "cutting my ears" atau "jumping into the river"!

Sudah tentu, rakyat Malaysia tidak dapat lupa tentang seorang lagi Menteri Besar yang mendakwa dirinya tidak tahu berbahasa Inggeris sebagai justifikasi membawa tunai RM1 juta ke Australia!

Malaysia adalah negara dengan pelbagai krisis di dalam tadbir urus dan pembinaan bangsa, termasuklah pelbagai krisis di dalam pendidikan.

Marilah kita lebih serius berkenaan pendidikan, tadbir urus yang baik dan pembinaan bangsa serta berhenti membuatkan diri kita bahan jenaka antarabangsa.

Tiada ulasan: