"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Putus sekelip mata

Agensi cari jodoh
Muda Mohd. Noor 
OLYMPUS DIGITAL CAMERAPETALING JAYA: Rosli Mohd membayar RM150 kepada seorang yang menguruskan khidmat agensi mendapatkan jodoh di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.
Beliau kemudiannya diberi lima nombor telefon – tiga wanita Filipina dan dua wanita Melayu – yang berumur antara 26 tahun dan 44 tahun.

“Saya menghubungi semua nombor itu tetapi seorang daripadanya iaitu wanita Melayu menyatakan tidak berminat.

“Dua warga Filipina itu bekerja sebagai amah manakala seorang lagi pekerja pusat hiburan di Sunway. Manakala wanita Melayu itu mendakwa beliau seorang guru tuisyen.

“Malangnya selepas beberapa hari dua wanita Filipina itu mula menunjukkan sikap untuk mendapatkan wang dari saya.

“Manakala dengan wanita Melayu kami hanya berbual kosong,” kata Rosli.

Selepas dua minggu Rosli mendakwa semakin hambar, bagaimanapun, beliau sempat bertemu dua wanita warga Filipina itu.

Beliau menambah, seorang warga Filipina yang bekerja di Ipoh itu datang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Rosli menjemputnya di KL Sentral sebelum menuju ke Bukit Bintang dan makan malam kira-kira jam 7 di sebuah restoran di di kawsaan itu.

“Tetapi sepanjang perbualan, wanita Filipina itu mendakwa beliau masih bujang tetapi mempunyai seorang anak lelaki di Manila.

“Tetapi beliau bukanlah cantik, usianya kelihatan lebih tua daripada yang dinyatakannnya mungkin kerana kerjanya sebagai amah,” kata Rosli.

Suara luar biasa

Beberapa hari kemudian wanita Filipina ini menghubungi Rosli tetapi dengan suara yang luar biasa.

Rupa-rupanya perempuan itu mahu meminjam wang dari Rosli kerana mahu menghantar ke Manila membiayai ibunya yang sedang sakit.

Bagaimanapun, Rosli memberi alasan beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.

“Akhirnya dalam sekelip mata hubungan saya dengannya terputus. Kini baru saya tahu bahawa gadis seperti itu bukanlah ikhlas sangat.

“Mereka mungkin main-main sahaja, hendak seronok, mahu dapat wang dengan mudah,” tambah Rosli.

Manakala NGO tempatan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan perkhidmatan agensi pencari jodoh supaya tidak tertipu.

Presiden Mapim, Azmi Hamid berkata, pihaknya bimbang agensi berkenaan hanya mencari keuntungan semata-mata.

“Mereka tidak peduli sama ada menjodohkan orang Islam dengan yang bukan Islam, ini yang kita tidak mahu.

“Jadi kita mahu pihak berkuasa agama menyiasat supaya perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Azmi bagaimanapun, menyokong usaha agensi jodoh untuk membantu individu yang mahu berkahwin.

Katanya, ada keperluan pada zaman ini untuk membantu mereka mendapatkan jodoh.

Tiada ulasan: