"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa Anwar hendak buat 5 tahun di penjara

Subky Latif
Bagi orang yang bersalah, mereka amat takut dipenjara sekalipun sebulan. Ia akan rasa bersalah apabila dipenjara sekalipun ia keluar masuk penjara.
Bagi yang rasa tidak bersalah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada apa yang ditakutkannya, apa lagi hukuman lima tahun yang terbaru itu adalah kali ketiga untuknya termasuk tahanan ISAnya yang pertama dahulu

Mungkin kita berasa lama tetapi padanya mungkin tidak lama kerana yang dipenjara itu adalah seorang yang sudah dinobatkan sebagai perdana menteri oleh rakyat.
Kerana dia dilihat sebagai perdana menteri rakyatlah maka tiada perdana menteri mahu melihatnya di luar penjara.

Anwar tidak boleh dikira buang masa selama dipenjarakan. Masanya tidak terbuang tetapi akan digunakan untuk rakyat dan agama.

Hamka yang dipenjara Sukarno menyiapkan Tafsir al-Azharnya, tafsir Al-Quran dalam bahasa Melayu yang terbaik.

Asy-Syahid Syed Qutub yang dipenjara Gamal Abdel Nasser pula mengeluarkan tafsir Fi Zilalil Quran.

Saya tidak menyarankan supaya Anwar menghasilkan tafsirnya, tetapi dalam tempoh penjaranya yang kedua dulu, dia dikatakan menghafal sebahagian daripada Al-Quran.

Banyak mana yang sudah dikuasainya, saya tidak tahu. Tetapi dengan tambahan penjaranya yang ditunggu sekarang, tidak mustahil dia keluar nanti menjadi seorang hafiz.

Saya kira Anwar boleh gunakan masanya nanti untuk menyambung hafalan Al-Quran dan mungkin boleh khatam sebelum tempoh lima tahun itu berakhir.

Anwar boleh mendapatkan guru tetap untuk memimpin dan mentasmik yang sudah dihafalnya.

Jika dia belum ada guru, saya mahu mencadangkan dia ambil khidmat anak saya yang sekarang tinggal dan mengajar di Sungai Buloh yang tidak jauh dari penjara, kiranya dia dipenjarakan di situ lagi.

Saya suka jika boleh anak saya membalas jasa Anwar berbelas tahun dulu terhadapnya.

Ketika dia ditawarkan belajar di Kuran Kursu di Istanbul pada usia 11 tahun, Anwar yang jadi menteri ketika itu mengutus seorang menyampaikan bantuan RM4,000 untuk anak saya itu.

Anak itu seorang hafiz di Turki. Sekarang dia mengajar orang yang sudah hafiz.

Dia tidak mengajar kanak-kanak untuk menghafal Quran. Orang yang sudah hafaz baru belajar dengannya.

Tetapi kalau Anwar yang belajar, Anwar akan jadi orang pertama yang dipimpinnya untuk menghafal Al-Quran.

Dengan kesibukan masing-masing dalam kegiatan harian, dia mungkin tidak ke penjara setiap hari tetapi boleh diatur dia pergi kepada Anwar tiga atau empat kali seminggu secara komprehensif.

Anwar tidak perlu diajar seperti mengajar kanak-kanak. Yang diperlukan oleh Anwar sebagai seorang yang dikira perdana menteri rakyat terpenjara ialah barakah berguru.

Anwar perlu berguru daripada guru yang berguru daripada gurunya.

Gurunya berguru daripada gurunya. Guru itu pula daripada gurunya hinggalah daripada Nabi Muhammad SAW, daripada Jibril dan daripada Allah Azawajalla.

Apabila Anwar keluar daripada penjara nanti, dia sudah dikira ahli ilmu.

Saya tidak mahu katakan dia sudah setaraf dengan Ustaz Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan Syaikh Yusuf Qardawi, tetapi dia adalah Syaik Anwar Ibrahim yang boleh menjadi guru ummah.

Masa itu tidak usah dipedulikan lagi Dr Mahathir dan Najib.

Tidakkah memenjarakannya itu adalah persiapan bagi menjadikan dia Anwar the Great? – 21 Mac, 2014.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kira pun Anwar gagal dalam rayuan dimakamah persekutuan nanti dan masuk penjara, paling lama hanya tiga tahun setelah tolak kelakuan baik dan cuti awam. Apa bila keluar kelak, kita nak tengok masih kah takut macai-macai dan pemimpin UMNO-BN kat dia. Adakah Anwar akan dibicara lagi kerana Liwat 3, wah kuat betul, bagaimana pempimpin UMNO, masih kah dapat kerjakan bini dan buat mereka puas.