"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu Sirul sedih anaknya dianiya, minta dibebaskan

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.

Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis.

"Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat.

"Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak.

Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.

Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Sirul katanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.

Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya.

"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami.

"Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia dah kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang.

"Tidak henti-henti Allah bagi ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia," rintihnya lagi hingga menitiskan air mata.

Namun begitu, beliau berkata, anak-anaknya yang lain sentiasa memberikan semangat terhadapnya dan berpesan agar tidak putus untuk berdoa serta solat untuk meminta pertolongan hanya daripada Allah.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tambil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya itu.
-harakahdaily-

1 ulasan:

Unknown berkata...

sabsr je le wan terima je apa yg ditentukan,diatas apa yg telah dipilih oleh akak wan sendiri,sebagai seorang anggota polis yg terlatih dia mesti tahu yang arahan yg benar Dan yg mana arahan yang bermotifkan politik jangan ikut arahan secara membabi buta walaupun demi menyelamatkan individu tertentu apabila dah terjadi begini Baru nak berkata aku terinya bukan kah kita telah diberikan otak untuk berfikir mana yg baik fan mana yang buruk walau wan menagis sekali pun sampai bamjir dunia ini pun akak wan telah melakukan kesilapan besar Salam etika tugas Dan tanggung jawap sebagai anggota polis cuma pinta pada akak wan supaya bertaubat nasuha kerna itu aja jalan terbaik untuk akak wan lakukan andainya dia dibebaskan didunia ini namun diakhirat pasti akak mendapat balasan setimpal kecuali bertaubst nasuha aje yg boleh menyelamatkan akak wan kerana manusi tidsk boleh berlaku zalim pada manusia yang lain.