"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak buah Mejar Zaidi pula diturunkan pangkat

Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikenakan tindakan selepas mahkamah tentera mengenakan hukuman buang kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad.

Majlis Angkatan Tentera mengenakan tindakan tersebut ke atas Flight Sarjan Jamal Ibrahim, 46 tahun yang pernah berkhidmat di bawah arahan Mejar Zaidi Ahmad.

Zaidi memberitahu Malaysiakini bahawa Jamal didapati bersalah memberi keterangan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera bersama beliau pada tahun 2013.

Arahan itu dikeluarkan pada 20 Januari lalu, seminggu selepas beliau dipecat oleh mahkamah tentera, katanya.

"Hukuman beliau jatuh pada 20 Januari dan beliau maklumkan saya pada 21 Januari," kata Zaidi yang baru bertemu Jamal beberapa hari lalu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: