"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas ‘kantoi’ ulama parti berlucah, pemimpin Pas ajak AMANAH merimbun ukhuwwah

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN

Pemimpin Pas terpaksa buat macam-macam cerita untuk menutup masalah yang sedang membebani pundak ulama parti itu yang disapa tuan guru oleh pentaksubnya.

Kes AJK Pas Pusat terkantoi berlucah dengan lelaki bernama Leena dalam Whatsapp dan Messenger merebak luas tanpa mampu dibendung lagi.

Dulu-dulu, orang Pas sering dedahkan kepada umum perangai sebegini yang dibuat oleh orang Umno. Setelah bersangka baik dengan Umno, penyakit itu menjangkiti Pas pula.

Antara usaha terbaru untuk menutup isu itu ialah ajak orang AMANAH kembali merimbun ukhuwwah bersama Pas. Demikian tulis seorang pemimpin Pas.

Orang Pas tidak perlu bimbang masalah merimbun ukhuwwah semua itu. Pendirian saya sebagai muslim mudah sahaja. Tiada istilah putus ukhuwwah kerana berbeza parti.

Selama ini, orang Pas yang sering berburuk adab dengan orang AMANAH. Saya tidak mampu cerita lagi tindakan orang Pas terhadap saya, keluarga saya, kawan-kawan saya apabila kami keluar Pas. Cukuplah sebagai iktibar kehidupan.

Kami tidak memutus ukhuwwah dengan orang Pas tapi orang Pas yang bertindak begitu terhadap kami. Tiba-tiba hari ini terpacul suara ajak kami merimbun ukhuwwah.

Pegangan hidup aku mudah. Selagi orang Pas adalah muslim, mereka terus masuk dalam doa aku setiap solat lima waktu. Bagi saya semua orang Islam adalah saudara saya tanpa mengira parti.

Selepas bacaan wirid dalam tasyahhud akhir, saya pasti doakan keampunan untuk diri sendiri, kedua-dua ibubapa, anak isteri saya dan seluruh orang Islam. Saya bukan macam orang Pas yang suka doakan keburukan untuk orang lain.

Saya yakin inilah pendirian seluruh orang AMANAH. Kami bukan macam orang Pas yang meragui keislaman orang lain, apatah lagi mengharapkan kebinasaan untuk saudara seagama.

Jika pemimpin Pas mahu ajak kami merimbun ukhuwwah, senang sahaja. Hentikan, buang jauh-jauh keraguan kamu terhadap ketulenan keislaman kami.

Habis. Selesai masalah. Dengan itu, merimbunlah ukhuwwah. Bukan sembang saja!

Tiada ulasan: