"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kluster mahkamah’ diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling

AYHAN FERHAT

‘Kluster mahkamah’ diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling. Shahbaz Sharif yang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan yang baru sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan setelah usul undi tidak percaya berjaya dilaksanakan ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Mahkamah khas di Lahore pada hari Isnin melanjutkan jaminan interim yang diberikan kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif dan anaknya, Pemimpin Pembangkang dalam Perhimpunan Punjab, Hamza Shehbaz, dalam satu kes pengubahan wang dan menangguhkan perbicaraan sehingga 27 April ini.

Semasa Hamza berada di mahkamah, peguam Shehbaz memfailkan permohonan meminta anak guamnya dikecualikan daripada hadir ke mahkamah kerana pemilihan perdana menteri baharu di Dewan Negara (NA) hari ini.

'Kluster mahkamah' diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling

Imran Khan digulingkan selepas tewas dalam usul undi tidak percaya

Bagaimanapun, pasukan pendakwa Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) tidak muncul.

Dalam pada itu, New India Express melaporkan pegawai tertinggi agensi penyiasat Pakistan yang sedang menyiasat pertuduhan pengubahan wang haram PKR 14 bilion terhadap beliau telah bercuti untuk tempoh yang tidak dipastikan selepas Imran Khan diguling dalam usul undi tidak percaya.

Permohonan ketua Agensi Siasatan Persekutuan Lahore Mohammad Rizwan untuk bercuti berkuat kuasa 11 April 2022, dan seterusnya, telah diterima.

Keputusan Rizwan dibuat sehari sebelum Shehbaz dan anaknya Hamza dihadapkan ke mahkamah khas untuk dakwaan pada Isnin lalu.

Mahkamah khas (Pusat-I) FIA pada 4 April telah memanggil Shehbaz dan Hamza pada Isnin (11 April) untuk mendakwa pasangan bapa dan anak itu dalam kes pengubahan wang haram Rs 14 bilion.

Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz berkemungkinan mendapatkan pengecualian kerana beliau akan bertanding jawatan perdana menteri di Parlimen pada hari yang sama. 

Shehbaz memfailkan kertas pencalonan untuk slot perdana menteri pada Ahad.

Daripada Tehreek-i-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan Imran Khan, bekas menteri luar negeri Shah Mahmood Qureshi adalah calon untuk jawatan itu.

Pegawai FIA Rizwan dilaporkan berkata bahawa dia telah bercuti dengan menjangkakan akan dipindahkan ke tempat tertentu.

Rizwan dikatakan dilantik oleh Shehzad Akbar iaitu bekas penasihat akauntabiliti kepada perdana menteri, untuk bersungguh-sungguh meneruskan kes terhadap Shehbaz dan ahli keluarganya.

Kemudian Imran Khan memecat Akbar kerana gagal membuat Shehbaz disabitkan kesalahan dalam kes pengubahan wang haram.

Sejak akhir-akhir ini, Imran Khan menganggap Shehbaz sebagai ancaman kepada kuasanya dan ingin melihatnya di penjara.

Tiada ulasan: