"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Selangor titah menteri Agama dan timbalannya tidak boleh campuri urusan jawatankuasa muzakarah

SITI NUR ZAWANI MICON

Sultan Selangor titah menteri Agama, Datuk Idris Ahmad dan timbalannya tidak boleh campuri urusan jawatankuasa muzakarah.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ini kerana titah bagindah, JAKIM hanya bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI.

Sehubungan dengan itu baginda bertitah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan timbalannya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah.

“Sebaliknya, hanya Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah yang boleh menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

“Setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja, pelaksanaan keputusan muzakarah diserahkan kepada pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa Agama Islam setiap negeri,” titah baginda menerusi kenyataan rasmi di Facebook hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani, baginda Sultan bertitah bahawa keputusan muzakarah sudah mendapat perkenan sembah maklum Majlis Raja-Raja pada 4 Jan 2021.

Butiran penuh kepada keputusan muzakarah ini boleh dirujuk menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah pada 8 April 2022.

“Untuk makluman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya adalah bukan ahli MKI mahupun ahli Jawatankuasa Muzakarah.

“Justeru mereka tidak boleh mencampuri apa-apa keputusan Jawatankuasa Muzakarah dan MKI,” titah baginda lagi.

Terdahulu baginda berkenan menerima menghadap Pengerusi MKI, Wan Zahidi Wan Teh, dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam, Dr Afifi al-Akiti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Tiada ulasan: