"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal PPSB: Faks tanpa penama nafi dakwaan pekerja / UBN Najib Altantuya / PKFZ / Zambry

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Seperti yang dijanjikan majikan, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) petang tadi menafikan beberapa dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa, yang dibuat pekerja-pekerja bawahannya sejak semalam.

Penafian tersebut termasuk kes kehilangan diesel bernilai RM1.2 juta, serta siasatan sambil lewa oleh Audit Dalaman PPSB dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.

Melalui faksimili tanpa penama kepada Harakahdaily, tertulis penafian pihak yang didakwa, iaitu SBU Marin, PPSB.

Bagaimanapun, pihak tersebut menjelaskan bahawa pengurusan PPSB telah mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan laporan Audit dalaman mereka.

Tegas pihak terbabit lagi, PPSB juga serius memandang laporan audit dalamannya dan laporan itu sentiasa dipanjangkan kepada Lembaga Pengurusan Syarikat.

Tambahnya lagi, Koperasi Tanjong Sdn. Bhd. bukanlah pembekal diesel kepada syarikat itu kerana syarikat itu sentiasa mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Pihak terbabit turut menafikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - PPSB mengalami kerugian berdasarkan kejatuhan trafik kontena sebanyak 24 peratus untuk suku tahun pertama, tahun ini.

ImageJelasnya, PPSB telah mencatatkan peningkatan (trafik kontena) sebanyak 13 peratus, dari 199, 391 TEUs pada suku tahun pertama (2009) pada 225, 322 TEUs pada suku tahun berikutnya.

Pada suku tahun ketiga (2009) pula, pihak terbabit mendakwa PPSB mengalami peningkatan (trafik kontena) sebanyak 17 peratus, menjadikan 263, 421 TEUs.

Dakwa pihak terbabit lagi, peningkatan tersebut berlaku dalam suasana ekonomi dunia sedang meleset.

Dalam perkembangan berkaitan, dipercayai faksimili itu dihantar oleh Pembantu Peribadi bagi Pengarah Urusan PPSB, Mohd Sabri.

Ianya berdasarkan panggilan telefon ke Harakahdaily, mengaku mewakili PPSB, memaklumkan bahawa majikannya telah menghantar maklum balas berhubung laporan skandal tersebut.

Semalam, beberapa lembaga pengarah PPSB termasuk Pengarahnya, Datuk Ahmad Ibnihajar didakwa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pekerja-pekerja bawahannya sendiri.

Umno Bahagian Tanjong yang dikatakan pemain utama dalam Syarikat Tanjong Sdn. Bhd. turut dikaitkan dalam kes penggelapan diesel tersebut.

Petang tadi, pekerja-pekerja bawahan PPSB mendakwa lagi, majikannya mengamalkan rasuah dalam kes beli sewa kapal pengeruk laut yang bernilai RM2.4 juta.

Sekiranya segala penafian pihak terbabit benar, PPSB berjaya membuktikan bahawa pengurusannya tidak mengamalkan rasuah, tidak seperti yang didakwa berlaku di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sehingga kini.

Tiada ulasan: