"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istana Negara Baru: Kronisme Dalam Kerajaan Makin Subur

KUALA LUMPUR, 15 OKT; Pendedahan skandal Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim khamis lalu membuktikan sikap kronisme dan ketirisan politik yang jelas terlihat dalam pemerintahan Umno-Barisan Nasional(BN).
Malah pengumuman Bajet 2011 dianggap oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai 'paralel' keadaan seperti skandal pembinaan Istana Negara ini.

"Ini masalahnya dalam bajet tadi, sebab apa jaminannya peristiwa macam kes Istana Negara tak berulang?" ujar Mahfuz ketika dihubungi TV Selangor.

"Akibat kesan dari pembelian projek tanpa tender terbuka, ia menyebabkan kita mengalami kerugian.

Jadi bagi masa memang waktu itu saya persoalkan bagaimana syarikat yang tak ada pengalaman tak daftar dengan CIDB dan sebagainya kerana projek ini amat strategik bagi saya dan kalau berlaku kemalangan sebab syarikat ini tak ada pengalaman bagaimana, nanti dituduh nak bunuh Raja-Raja Melayu," komen Mahfuz yang mempersoalkan ketelusan pembinaan istana ini sebelum ia mula dibina lagi.

Malah Mahfuz turut menjadi antara orang pertama yang menghantar memorandum kepada Menteri Kerja Raya waktu itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pembinaan Istana Negara Baru di Jalan Duta menimbulkan kontroversi lantaran kos pembinaannya kini mencecah lebih RM 800 juta sedangkan pada asalnya kos cadangan syarikat itu ialah RM390 juta.

Menurut Anwar, syarikat tersebut dianugerahkan kontrak pembinaan pada Oktober 2007 sebelum ia didaftarkan pada Ogos 2008.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

“Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar.

Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib sedangkan sudah mendapat kontrak untuk projek ini.

Tiada ulasan: