"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr.Fazilah Kamsah: Akibat terlalu PANDAI

ning  
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Pakar motivasi yang kaya raya hasil "sumbangan" orang ramai, Dr Fazilah Kamsah akhirnya menunjukkan kejahilannya sendiri dalam reputasi seorang pakar.

Anggapan pekerjaan Suzie sebagai dharurat merupakan satu anggapan yang terlalu jauh dari ajaran sebenar Al Quran dan al Sunnah.

Lebih bebal apabila Dr.Fazilah Kamsah mendakwa pihak pihak yang membantu perlu mendekati Suzie tanpa menyebut dengan tegas dan jelas siapakah pihak yang patut membantu itu.


Satu episod malang bagi seorang pakar  untuk mengeluarkan hujah ini kerana satu yang pasti pada ketika semua pihak termasuk kerajaan sedang memperingati peristiwa Hijrah pasti ada pihak yang perlu bertanggungjawab penuh untuk membantu Suzie yang diketahui oleh beliau. Tetapi kenapa beliau tidak menyebut pihak tersebut.

Peristiwa Hijrah sudah pasti menyedarkan kita bahawa sebuah kerajaan yang dilantik oleh rakyat perlu tampil sebagai pembela rakyat yang berdepan dengan kesusahan dan sebarang matlamat yang menghalalkan cara tidak harus dibenarkan berlaku. Peruntukan dharurat seperti dibenarkan oleh agama tidak harus dibenarkan untuk melacur seandainya kerajaan yang benar benar belajar dari peristiwa Hijrah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan semangat Hijrah yang bermakna menyusun pentadbiran menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan ditunjukkan oleh baginda Nabi sejurus selepas menduduki Madinah.

Kenapa Dr Fazilah Kamsah yang pakar itu sanggup menyatakan perkara sedemikian itu seolah olah beliau tidak faham agama sedangkan dalam setiap kursus dan ceramah motivasi beliau, sering ditekankan amalan amalan sunnah dan doa doa harian.

Atau mungkin beliau hanyalah salah seorang oppurtunis yang cari makan dengan mengikut harus atau pragmatik sehingga tidak mahu menyatakan yang benar dari ajaran ALLAH  sebaliknya memutarbelitkan kebenaran itu untuk kelihatan seperti benar?

Malang bagi kita umat Islam yang membayar sejumlah wang kepada pakar motivasi seperti ini sedangkan pulangan yang diberikan kepada cita cita membina sebuah negara sunnah cukup mengecewakan sekalipun dalam kursus motivasinya amalan sunnah diberi penekanan. Inilah barangkali akibat terlalu pandai.

1 ulasan:

HASRUL NIZAM berkata...

Hmmm pikir dulu sebelum cakap... hu3