"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Din Merican nafi Raja Petra


KUALA LUMPUR: Penulis blog, Din Merican menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau merupakan individu yang terlibat dalam memberi maklumat mengenai pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Dalam satu laporan portal berbahasa Inggeris hari ini, Din Merican melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Raja Petra, yang disiarkan melalui satu temubual dengan TV3 semalam.
Dalam temubual dengan pengarang Kumpulan Tv3, Datuk Ashraf Abdullah, Raja Petra mendakwa beliau membuat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu.
Ia katanya bertujuan menyekat Najib menjadi perdana menteri.
Selain Din Merican, Raja Petra  menamakan Nik Azmi Nik Daud dan dan John Pang sebagai individu terbabit.
Raja Petra, atau dipanggil sebagai RPK atau Pet, sebelum ini dikenali  sebagai penulis blog yang gemar mensensasikan isu-isu politik.
Din berkata, beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Anwar untuk melakukan perancangan atau strategi mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan itu.

“Saya merupakan sebahagian pasukan Tan Sri Khalid Ibrahim, bukan Anwar. Dan pada masa itu, rakyat bosan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“Ia tiada apa-apa kaitan dengan cuba menghentikan Najib daripada menggantikan Pak Lah. Juga , saya tidak pernah melibatkan Najib. Dalam blog saya, saya fokus mengenai isu-isu, bukan tuduhan-tuduhan tak berasas,” katanya.
Sementara itu, Anwar pula dalam jawapannya di Twitter, apabila diajukan mengenai isu itu berkata, dakwaan Raja Petra itu dilakukan ketika menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Sarawak.
“Pilihan Raya Sarawak,” respon Anwar dalam tweetnya, selepas seorang pengguna twitter bernama sivamsubang, mengaitkan dakwaan RPK itu sebagai satu lagi fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: