"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penutup untuk Shahrizat: Dipaksa ambil cuti selepas timbul email berkaitan suami

Wong Choon Mei


Kelihatan seperti Shahrizat Jalil mungkin akan menghadapi hari-hari terakhir kerjaya politik beliau. Cuti kecemasan 3 minggu yang dipohonnya daripada Perdana Menteri Najib Razak mungkin akan menjadi tetap kerana telah timbul pula dakwaan bahawa orang atasan NFC telah membayar seorang “Datuk penipu” untuk mempengaruhi pihak polis dalam siasatan mereka dalam kes rasuah sebuah syarikat penternakan lembu.

Sudah ada spekulasi bahawa orang atasan itu adalah suaminya, pengerusi eksekutif NFC, Salleh Ismail. Shahrizat yang enggan mengulas apabila cuba disoal oleh wartawan petang tadi.

“No, no, no, excuse me,” Shahrizat yang juga ketua wanita UMNO berkata apabila ditanya mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin PKR bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk email yang mengatakan ada yang tidak kenan di NFC.

Dipaksa keluar

Email tersebut ditulis oleh Megat Najmuddin Megat Khas, salah seorang ahli dalam lembaga penasihat SPRM.


Dalam email itu, Megat menulis bagaimana seorang peguam NFC telah memberitahu beliau bahawa seorang pegawai NFC telah ditipu dengan membayar wang kepada seorang penipu yang dipercayai adalah Shamsubahrin Ismail yang juga dikenali dengan nama jolokan “Datuk Fixit” untuk mempengaruhi siasatan yang sedang dibuat pihak polis.


“Situasi nampaknya agak serius untuk Shahrizat. Jelas bahawa banyak yang perlu diterangkan dan bagus untuk beliau diberi ruang untuk penyiasatan dijalankan. Tetapi, ini bukanlah penamat. Najib haruslah melakukan lebih lagi untuk menyelamatkan aset NFC,” kata naib presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

“Tanpa terburu-buru membuat kesimpulan atas siapa pegawai NFC itu, telah lama jelas kedudukan Shahrizat. Beliau sedang berhadapan dengan yang paling sukar dalam parti UMNO itu sendiri jadi beliau janganlah terlalu banyak membuat rundingan kerana mereka-mereka ini merbahaya. Mereka merasakan bahawa beliau adalah liabiliti untuk UMNO pada PRU 13 nanti dan mereka tidak akan berhenti sehingga Shahrizat meletak jawatan.”

Misteri semakin terungkai


Sememangnya Shahrizat telah mencuba untuk berjuang dalam mendapatkan tempat untuk anak-anaknya yang juga berkerja untuk projek meningkatkan 40% bekalan daging di negara.



Ia dilihat sebagai ancaman yang tidak nampak untuk membongkarkan kegiatan rakan-rakan beliau dalam UMNO, beliau telah memberitahu pemberita “siapa dalam UMNO yang tiada masalah?”- merujuk kepada kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti pemerintah itu.

Bagaimanapun, pembongkaran oleh PKR baru-baru ini yang menunjukkan email itu kepada sidang media telahpun mengena pada sasaran. Datuk fixit telah ditahan pada bulan lepas dan reman beliau telah dipanjangkan kerana cuba merasuah polis dalam siasatan kes RM250 juta NFC.

Pada masa itu, tiada berita bahawa Datuk Fixit telah dibayar atau diupah untuk melakukan yang demikian oleh ‘orang penting NFC’. Suami Shahrizat, Salleh juga mengatakan bahawa Datuk Fixit bukanlah ahli keluarga ataupun pernah bekerja dengan NFC.

Sekarang, dengan perlahan-lahan, misteri semakin terungkai. Sebuah gambaran yang lebih jelas timbul.

Antara dakwaan ke atas suami dan anak-anak Shahrizat adalah mereka telah menyalahgunakan RM188 juta daripada RM250 juta daripada pinjaman kerajaan untuk penternakan lembu dengan membeli 2 buah kondo mewah di Bangsar dan Singapura, sebidang tanah di kawasan perumahan di Putrajaya, sebuah Mercedes Benz mewah, diskaun berjuta ringgit dan pemindahan wang kepada restoran milik keluarga yang juga membeli daging daripada NFC.

“Saya harap SPRM akan dapat menyiasat sama ada saya terlibat atau tidak dengan keputusan yang dibuat kerajaan terhadap NFC yang mana suami saya, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail adalah pengerusi eksekutifnya.” Kata Shahrizat dalam kenyataannya petang tadi.

Terdesak dan diselubungi spekulasi

Mengesahkan bahawa beliau telah menulis email tersebut yang disebar kepada sekumpulan besar individu, Megat Najjmuddin telah menulis:


“Beliau (Peguam itu) telah memberitahu tentang cerita penipu ini mengenai bagaimana dia telah dengan manis mulut menyakinkan pelanggannya yang terdesak untuk memberinya wang dan dia akan membuatkan pihak polis kurang kejam dalam penyiasatan mereka! Sangat sedih apabila memikirkan betapa terdesaknya seseorang yang sudah tersepit.”

Walaubagaimanapun, Megat memberi amaran bahawa apa yang diberitahu peguam itu adalah spekulasi semata-mata.

“Ia adalah email peribadi dan pendapat peribadi saya jadi tiada siasatan telah dimulakan. Banyak khabar angin di sini. SPRM sedang menyiasat perkara itu.” Menurut beliau yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan: