"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hang Tuan, Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po tak wujud - Khoo Kay Kim

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kim
Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.


Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.
-malaysiakini-

1 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Habis kita semua jadi mangsa Hang Tee Poo. Apa nak katakan sedangkan Malayapun tak pernah dijajah? Tapi kisah Hang Tuah tu hikayatkan? Agak-agak macam fiksyenlah kot nooo?