"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kain Shahrizat terlondeh

Adnan Ibrahim

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/68f0729dbfa0e2e0301e7f43002c0610_XL.jpg
BELUM pun sempat Datuk Shahrizat selak kain, tiba-tiba kain dia terlondeh. Kalau dalam perhimpunan wanita Umno penghujung tahun lalu bukan main lagi beliau mencabar mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC tapi nampak gayanya kali ini beliau terpaksa ambil kain sarung tutup muka.

Barangkali kerana gelojoh sangat mencabar pemimpin Pakatan Rakyat beliau tak sedar kain terlondeh. Belum sempat buka gelanggang kain dah terlondeh. Belum lagi selak kain nak ajar Rafizi biar lari kecut perut.

Bila dah terlondeh maka nak tutup malu kononnya dinasihatkan bercuti. Biasanya kalau bercuti macam ni Shahrizat dah rasa kedudukan tak selamat.

Betullah cerita lembu Shahrizat berbahang. Orang bela lembu sediakan kandang, kamu bela lembu sedia kondo.

Ini tidak adil namanya. Tak adil bagi lembu. Mana sesuai lembu duduk kondo. Lembu memang sesuai dikandang.

Sikap ini dah melampau. Bila melampau menyalahi adat. Orang tua kata biar mati anak jangan mati adat. Jadi Shahrizat dah langgar adat.

Saya teringat cerita lembu.

Lembu kalau dijaga tuan yang reti, dia akan sediakan kandang bukan kondo, bagi tempat rehat lembu terutama pada sebelah malam.

Kalau kondo dia akan menyusahkan orang lain pasal lembu tak reti nak turun lif. Bilik air dia ingat sungai. Orang nak mandi dia boleh intai pulak tu.

Begitu juga manusia kalau ia dijaga tuhan yang menciptanya diberikan panduan iaitu al-Quran yang sesuai dengan manusia bukan melampaui adat.

Jadi jika manusia ikut tuhan yang mencipta dia maka selamat kerana Allah SWT tahu apa yang boleh dan tidak boleh dan apa yang melampau dan tidak layak pada manusia.

Berita berkaitan:

K'jaan akan umum langkah atasi kemelut NFC
Jan 14, 2012

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di Kangar.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Tiada ulasan: